Selasa, 07 Juni 2011

Sabtu, 15 Januari 2011

Ini adalah racik burung


PANDANGAN MENGENAI MEMIKAT AYAM HUTAN
Hobi meracik ayam hutan adalah merupakan satu sukan tradisional yang bagus dan perlu dikekalkan. Memandang ia adalah satu aktiviti hobi yang berbentuk sukan tradisional, maka segala kebaikan kebaikan aktiviti bersukan terkandung pada aktiviti ini. Di samping itu ia juga adalah satu cabang sukan yang mengekalkan warisan seni bangsa yang perlu dikekalkan untuk terus kekal oleh anak cucu kita.
Meracik ayam hutan adalah aktiviti masa lapang warisan orang tua-tua kita. (terutama orang orang Melayu) Aktiviti adalah hobi untuk menangkap ayam hutandengan menggunakan racik ( sejenis jerat yang direka khas) di banntu oleh ayam denak atau ayam pemikat sebagai umpan untuk membuatkan ayam hutan datang kepada racit. Denak atau pemikat selalunya ayam hutan yang sudah jinak dan mempunyai ciri-ciri yang khusus sebagai ayam pemikat, seperti suara yang dapat menarik ayam hutan hutan liar serta gaya memujuk yang baik.
Meracik ayam menggunakan peralatan yang amat tradisional (Racik) dan direka khusus dan mempunyai nilai-nilai seni warisan yang tinggi. Ketepatan racik didalam memerangkap ayam sangat tinggi sehingga 90% kebarangkalian menangkap. Ia adalah hasil tangan dan ideal turun temurun yang perlu dikekalkan.
Akhirnya, kerana ia memerlukan pergerakan yang banyak, dan akan meningkatkan kesihatan jantung dan juga fizikal. Lokasi aktiviti yang biasanya dikawasan semulajadi dapat mendaikan pengamal hobi ini dan mampu menghilangkan tekanan setelah lima hari bekerja.