Selasa, 07 Juni 2011

Racik Ayam

Racik adalah peralatan tradisional yang digolongkan sebagai alat memburu atau lebih jelas lagi menangkap ayam dan burung. Racik dihasilkan daripada tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang 3 inci dibuat sebagai tiang racik. Ukuran tali tangsi 6 inci adalah untuk satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipintal supaya kejap dan ada pula tembaga halus berbentuk 8 atau pin pancing ikan. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh ayam.

12
Saiz racik terbahagi kepada saiz bermata 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata. Saiz tersebut menentukan tempat untuk memasang jerat racik ini. Racik bermata banyak digunakan untuk atas tanah iaitu yang bermata 37, 32, 27 atau 24. Bagi racik bermata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul kayu atau batang kayu. Sementara bagi racik yang dipasang atas dahan pula adalah yang bermata 15 atau 11.
11
Kalu kita nak menjebak ayam guna racik, kena guna denak atau pemikat. Denak ni beza ikut tempat di mana racik hendak dipasang. Kalau di atas tanah, kena guna denak jantan. Manakala denak betina digunakan untuk racik atas dahan.
10
Mata racik dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang diminati oleh pemikat burung. Antara caranya adalah bersilang, ikut pusingan atau secara berjajar. Dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak ikut cara pacakan yang sama bagi kesemua mata racik. Dekat mata racik diletakkan denak pemikat. Denak tidak boleh bergerak sampai kepada mata racik supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Ayam yang dipikat akan datang denak dan jika bernasik baik akan terkena jerat racik.
09
Lepas guna racik dicabut dan disimpan dengan rapi. Cara mencabutnya dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Kalau dijaga dan disimpan dengan sempurna bolehlah racik tu tahan sampai 20 tahun dan jika tidak 1 atau 2 tahundan rosak. tahun.
08
Racik kebiasannya digunakan untuk menankap ayam hutan. Biasanya racik dipasang dalam bentuk bulatan , denak diletakkan ditengah-tengah dengan dikelilingi oleh racik. Dengan cara ini ayam hutan yang garang dan berhajat nak berlawang yg garang itu berlaga dgn denak , automatiknya terkena racik yg kita pasang dikeliling tu .. cara pasangnya ...
07
06
05
04
03
02