Selasa, 07 Juni 2011

>> Friday, November 27, 2009

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Ketika mula-mula saya berjinak-jinak dengan bermain pikat ni..memang semua nya kena beli. Seperti tali kaki dan racik beli yang dah siap kat kedai. Tentang beli tu takpe lagi tapi pembuatannya memang hancus tak puashati. BH(burung hutan) seringkali terlepas bila dah kena racik. Dan tali kaki pulak tak sampai setahun dah mereput.Perkara beginilah yang membuatkan saya bertekad untuk buat sendiri.

Pada masa tu, ramai jugak yang tahu buat racik dan tali kaki cuma ada sesetengah mereka ni 'kemut' atau kedekut ilmu. Bagi mereka pembuatan mereka adalah trade mark mereka tak boleh ditiru atau dimiliki oleh orang lain.Kalau ada yang nak bagi tunjuk ajar pun, macam taknak bagi je..ajar lain bila balik rumah buat jadi lain. Nampak sangat tak ikhlas kan..!

Untuk nak jadikan cerita, saya kenal dengan seorang kaki pikat(Wan-MAS) dari kg. melayu subang. Kami kenal semasa saya pergi mikat di sg.buluh. Waktu tu, sg.buluh memang tumpuan pemikat diseluruh lembah klang. Tanya saja otai-otai yang duk di Kuala Lumpur pasti dia orang tahu sg.buluh. Sg.Buluh bukan saja terkenal dengan banyak BH yang berbagai pesen(gaya) bunyi malah ianya satu port tempat kaki-kaki berkumpul sambil mengajar BB(burung baru) mereka.

Wan bukan saja dah lama main pikat tetapi pandai segala macam pembuatan eksesori pikat. Cakap saja pasti dia boleh buat. Dengan Wan lah saya berlajar buat racik dengan tali kaki. Keramahan Wan serta budi bahasa yang tinggi membuatkan saya mudah untuk berlajar dan memahami apa yang dia ajar Wan. Dia memang tidak kedekut ilmu, tanya saja dia pasti ajar. Kami putus hubungan(contact) setelah saya meninggalkan arena memikat kerana waktu itu tumpuan saya lebih kepada burung merbok tanding.

Bila dah mula balik memikat ni, saya cuba untuk mencari Wan di kg.melayu subang tapi dia dah pindah. Nasib baik jiran ada menyimpan no h/p dia. Saya pun set untuk berjumpa dengan Wan. Rupanya dia masih lagi aktif memikat macam dulu. Apa lagi, kami pun set lah gi mikat sama nanti. Mungkin banyak lagi yang masih perlu menimba ilmu dari Wan. Kita tunggu nanti....

Seladangjati(Dada Belah)

>> Tuesday, November 24, 2009

"Dah mengantuk disorongkan bantal...

Saya tak menyangka dan tak plan nak carik burung terkukur pada awalnya. Cukupilah dengan sekor pikat guk dua baru dapat tu. Niat untuk memiliki seekor pikat seladang memang sejak dari dulu lagi. Tapi tak pernah kesampaian. Yang kerap saya nampak dan dengar hanya seladang gantung. Nak cari seladangjati memang payah pada waktu itu.

Ibarat orang kata " Dah mengantuk, disorongkan bantal" sebelum saya dapat pikat guk dua tu..memang saya ada terdengar bunyi seladang kat rumah kawan saya tu..tapi saya buat tak peduli saja. Dalam hati dah tahu, ini mesti pikat dia ni..Tanya pun tak guna sebab mana ada orang nak jual bende yang susah dapat melainkan kalau nak jual pun mesti harga giler nye mahal.

Minggu lepas kawan saya menanyakan prestasi pikat guk 2 tu sambil tanya saya "nak tak burung belum ajar tapi dah gedik kepak?" hati saya ketika tu..memang tak minat kalau nak ngajar burung baru ni....melainkan kalau dah bunuh dua tiga ekor boleh lah gagah lagi.."bukan tak nak tapi nak ngajar tu..saya ni..manalah ada masa..keluar gelap balik pun gelap melainkan hujung minggu.." jawap saya. "Bukan pa..aku tengok kau takde burung..tu yang aku offer tu..kalau kau nak la..aku memang sayang burung ni..ramai yang dah mintak tapi aku kata aku tak nak jual..isi burung ni..dah lah banyak seladangjati plak tu.." bederau darah bila dia kata seladangjati..."ah..! seladangjati..!" jawap saya. "eh..aku nak..aku nak..! tak kisahlah kalau ngajar bertahun pun aku sanggup" jawap saya lagi. "Tu la..kan aku dah kata..rugi kalau taknak..heh..heh..heh.."

Tanpa berlengah saya pun apa lagi bedesuupppp.....balik amik catok. Kawan saya pun bawak keluar lah burung tu..sambil beri sedikit penerangan tentang burung tu.."burung ni..aku pikat kat pahang..dah berpuluh orang ngejekan burung ni..tapi tak dapat..last-last kat pikat aku jugak dia serender...kau tengok ekor dia..pendek kan..pastu manik dia..penyambut dia..burung ni kalau jadi pikat..aku takut kau tak larat nak bawak je.." cerita kawan saya tu..

Balik rumah barulah saya perasan burung seladangjati ni..dada dia ada belah..memang ada kelainan burung ni. Hati gembira tak terkata..burung idaman sudah pun ditangan. Hanya menunggu masa untuk dibwak ke hutan. Habis musim sikap ni..jawapnya kena bawak sekali dua..pikat guk 2 dan seladang ni..sambil mikat sambil ngajar. Sekian.

Baiki Racik 2

>> Sunday, November 22, 2009

Sambungan baiki racik..

Pagi lagi sudah hujan. Ingat nak bawak BB dengan Pikat gi panaskan badan tapi di sebabkan hujan maka saya lepak kat rumah je la...BB dangan Pikat dah meletop-letop kat rumah sejak dari malam tadi lagi tak berhenti berbunyi. Takpe bagi dia berentap kat rumah puas-puas dulu. Nanti bila keadaan musim sikap dah reda haa...berentaplah kat hutan tu..

Memandangkan cucaca redup begini perut pun rasa lapar semacam je..apa lagi start motor gi carik teh tarik dengan roti telur bawang. Selesai je sarapan saya pun belek la...racik yang dah terburai tu..ada dua tiga racik yang tali dia dah mula reput dan berbulu. Sibaik racik tu saya yang buat sendiri..dah tahu macamana ikatan nya, maka saya beranilah nak mengodek kalu tak, tak berani gak sebab tak tahu.Boleh katakan semua tumang racik berkarat. Dulu sewaktu buat racik memang saya dah standby tumang jenis stanless steal tapi malangnya kerja2 tu separuh jalan saja..sebab dah berhent main Pikat.

Selesai bukak tali racik semua, saya pun gosok tumang yang berkarat dengan kertas pasir. Tapi kalau tak mahu pun tak apa sebab sewaktu gi mikat nanti secara tak langsung bila pacak racik, karat yang duk ada tu akan hilang dengan sendirinya. Selesai mengosok tumang, saya pun ikat balik tali racik. Ambil masa lama gak la..nak ikat satu persatu. Kalau tak pandai ikat nanti boleh terlucut balik atau tak sama panjang mujurlah saya masih ingat lagi cara ikat(gambar) itu pun puas saya cuba 'recall' balik cara mengikatnya.


Empat jam saya duk adap racik tu sampai siap. Hanya dua rawan racik saja yang berjaya saya tukarkan tali nya(gambar).Yang lain tak tahu bila nak siap sebab masa tak mengizinkan. Faham2 je la..dah masuk cuti sekolah ni kan..banyak la..kenduri kawin.

Baiki Racik

>> Saturday, November 21, 2009


Pikat tetap bunyi walau sewah(Sikap) masih ada...

Macam biasalah, seawal pagi saya sudah bangun setelah mengejakan yang wajib dan sarapan pagi, saya pun masuk pikat dalam catok dan terus pergi..

Kali ni. saya menghala ke sg. rening untuk sesi memanaskan pikat. Sampai dilokasi terus tijau laman mana nak pacak. Sementara mencari laman, saya gantung pikat disebatng pokok sebab kebiasaannya saya akan buat begitu untuk nak dengar BH ada ke tidak atau nak pilih mana yang bunyi bagus.

Kedengaran ada sekor tengah menekan tak jauh dari tempat saya gantung pikat. Apa lagi pikat terus sahut. Maka berentaplah dua ekor ni..selama beberapa minit . BH tak sampai gak. Kebiasaannya kalau BH jenis garang bila dengar je pikat sahut mesti datang kearah pikat. Memandangkan hanya BH tu sekor je..yg bunyi maka saya ambil keputusan kemas nak balik. Langit ketika itu nampak mendung nak hujan. Mungkin musim sikap masih ada lagi sebab tu banyak BH yang tak berani bunyi kot..

Sebab balik awal, pastu tak tahu nak buat apa..saya pun repairlah racik(gambar) yang duk ada tu..memandangkan ianya sudah agak lama takut reput plak nanti. Racik ni, saya buat sendiri..masih elok dan boleh pakai lagi nampaknya. Ada lima rawan racik yang saya buat. Kalau nak beli sekarang pun 21 mata cecah gak rm30 jadi, pakai je la mana yang ada.

Tengahari pulak, pergi kedai member beli tumang stainless steal(gambar) untuk pikat sebab tumang yang pikat pakai tu nak bagi kat burung BB(seladangjati)



Sesi Memanaskan Badan

>> Thursday, November 19, 2009

Tak sampai 2 second terus lambung guk..

Tuan punya pikat ni dulu, ada banyak pikat kesemua pikat dia power2 belaka sebab saya sendiri sudah melihat dan mendengar. Jadi dah tak tahu nak bawak pikat mana. Setiap kali dia pergi mikat tak kurang 4 eko dia akan bawak.


Memandangkan saya dah lama meningalkan arena pikat dan sudah takde pikat lagi..jadi saya pun mintaklah dia seko..dia kata "ada seko ni guk dua tapi 'isi' memang banyak, saya dah tingalkan(tak bawak) pikat tu selama setahun dan sudah bunuh 10 eko..kalau nak amik lah" bederau darah saya dengar dia kata cam tu..keesokkan hari nya tu dia bawak pikat tu..kat rumah saya.

Belek punya belek memang gaya pikat banyak. Syoknya tak terkata maklumlah dah lama tak main pikat asik duk tengok laporan orang je..kalau dulu masa tengah menganas saya ingat forum ni tak cukup nak wat laporan hehehee...

Pastu dia kata pikat ni plak ada gagap dia dah lupa berapa kali gagap sebab boleh dikatakan kesemua pikat dia yang saya dengar ada ggap. Bila dah gantung kat sangkar layan sementara saya pun dengar dia anguk 15x..fuuhh..kalau dulu orang dah kira macam tu gagap abis.

Jadi, hari ni..hari pertama saya bawak pikat tu bersama tuan baru dia. Saya pun carik lokasi berangau dan pacak tampa racik. Tak sampai 2 second terus lambung guk..15 minit bunyi tampa henti burung hutan pun sampai angau..pikat apa lagi anguk angau la..kaku.kakaku...kaku.kakaku...kaku.kakaku...kaku.kakaku...uuiisshhh panjang aih anguk dia..tang gagap tu yg tak tahan tuh..BH pun takleh tahan bedesupp..melayang terus ke pikat..pe lagi anguk lagi..letih aihh nak tiru anguk depa..."ehhemmmm...! dua2 eko panjang tengkok. Bunyi tu datang dari saya sebab taknak bagi berlaga lagi pun tak pasang racik..mampuih pikat kene tala nanti..BH pun siiuuuppp...belah...puashati saya sebab dapat kasi panas pikat balik.


2 jam training cukup la...esok sambung lagi..pastu bila sikap dah abis siap la BH kat utan tuh...

Pikat atau Memikat - 2

>> Friday, November 13, 2009

Sambungan...

Perjalanan kadang2 mengambil masa yang lama kerana lokasi memikat yang hendak dituju jauh. Berkereta atau motor perkara biasa bagi si pemikat. Samada tumpang kawan atau pandu sendiri. Sekiranya berkumpulan, tempat kumpul sudah diberitahu seawal lagi. Bila berjumpa dengan geng pikat ceritanya sama saja. Masing-masing menceritakan perihal pikat masing2.

Ladang, Sawah(Bendang), Estate, kawasan perumahan adalah sasaran yang dituju. Kebiasaannya kawasan ladang atau estate lah tempat yang sering si pemikat tuju. Jarang sekali ke lokasi sawah atau kawasan perumahan kecuali ada burung hutan yang diidamkan. Tak tahu berapa kilometer sudah mereka meredah dalam estate. Adakalanya beratus kilometer mereka masuk kedalam. Tidak kurang juga yang tersasar ke sempadan hutan simpan, "aahh..! takut apa..aku dah biasa dengan tempat ni.." itulah agaknya kata-kata yang bermain dihati si pemikat. Apa pun, lebih jauh perjalanan lebih luaslah pemandangn dan lebih banyak burung yang molek.

Kemalangan, dimana-mana pun boleh berlaku kemalanagn kan. Jarang sekali saya dengar kemalangan berlaku terhadap si pemikat. Kalau ada pun, mereka terdengar bunyi 'ngauman' pak belang atau pun 'tempek kan' orang kuat(gajah). Itu pun kalau pemikat bermain dikawasan sempadan hutan. Kalau di ladang atau estate abis kuat pun jumpa babi hutan. Itu pun bahaya gak tu..kalau masa dia bawak anak, terserempak pulak dengan kita, memang dia kejar sampai tak cukup tanah kita nak lari.

Apa yang saya tahu dari pengalaman, binatang buas ni..mereka tak cari manusia, walaupun binatang buas jenis pemangsa. Kerana, binatang ada deria bau yang kuat sehingga 50 kilometer mereka boleh terbau manusia sekiranya melalui kawasan mereka. Bila ini berlaku binatang buas sudah awal-awal lagi pergi jauh dari kita. Kecuali terserempak..! sediri mau ingat lah..

bersambung...

Catok(Sangkar Pikat)

>> Thursday, November 12, 2009

Sebenarnya bukan niat hati nak beli benda ni, hati tertarik bila kawan tunjuk catok baru dia. Sambil duk belek hati perkenan pada buatan tangan tukang dan rupa bentuk pintu catok. Dah merata saya pusing kedai burung, berbagai rupa bentuk yang saya lihat takda satu pun yang tertarik dihati. Harga plak mencecah hingga rm500. Mungkin bagi peminat denak tekukur memang tak ambil pusing pasal cetok ni..asalkan boleh masuk dan bawak ke hutan dah cukup. Tetapi bagi menilai erti seni serta kehalusan, inilah dia..



Dalam gambar ni, ada 2 jenis catok yang sama tapi tak serupa sebab dah minat saya tempah dua buah. Dulu, saya guna catok labu tanduk kerbau(100% tanduk) pastu saya jual sebab orang minat. Tapi. sekarang bila ingat balik rasa nyesal gak jual sebab dah payah nak dapat catok tanduk kerbau sekarang. Buat perhiasan pun cantek. Jenis yang ada sekarang ini, bukan tak bagus cuma kaki pikat sekarang lebih selesa mengguna catok macam ni sebab mudah dibawa terutama yang menguna motorsikal lagi pun jimat ruang.


Setelah beberapa hari menerima dua catok yang saya tempah ni, saya pun alter la..seperti letak kapet dan varnish kasi kilat. Denagn cara begitu ia catok akan tahan lama lagi.

Pikat atau Memikat

>> Tuesday, November 10, 2009


Bila cerita pasal pikat ni, ramai yang beranggapan satu hobi yang tidak mendatangkan hasil. Betul ke..? Ia lah kot..! Mana tidak nya..kalau diperhatikan gelagat orang kaki pikat ni, mereka ini akan keluar pagi balik petang kekadang tak balik dua tiga hari semata-mata nak pikat burung yang diidamkan. Sangup meredah semak, hutan dan ladang demi memenuhi hajat dihati. Makan minum tolak tepi dulu..yang penting nak dapatkan burung idaman. Bila dah dapat, hati rasa lega dan puas barulah teringat nak makan atau minum. Kalau ada bawak bekal jawapnya makan berkelah kat dalam hutan tu..

Isteri pula, seawal subuh sudah ditinggalkan. Isteri yang tidak mahu panjang cerita terpaksa bangun pagi juga sambil menyediakan sarapan pagi, bukan setakat sarapan,,ada isteri siapkan bekal lagi..sebab apa..? sebab sayangkan suami..yang masih tidak lupakan tanggung jawab sebagai suami. suami pula bergegas sebab kawan dah tunggu, macam nak pergi ke ladang. Dengan baju, seluar dan topi celoreng nya. Ala komando gitu..

Tidak kurang, bini yang 'celir'(istilah pikat) buat tak tahu je..embun pagi yang masih menitis kebumi membuatkan isteri bergulung kesejukan dalam selimut. Suami yang sedar keadaan itu, tetap dengan tujuan untuk aktiviti memikat. Sanggup sediakan kopi panas sendiri. Isteri jenis ini, sesekali akan mengeluarkan kata sindiran "Bang! tangkap banyak sikit burung, boleh kita makan gulai burung hari ni..". Suami yang dah tahu kerenah isteri buat tak tahu je..sambil capai parang serta eksesori pikat, start motor terus pergi.Ini perkara biasa bagi sipemikat.

Sesetengah pemikat, ada juga yang lebai(alim). Walau ditengah hutan, solat mereka ni tak tinggal. Yang lain tetap sama macam si pemikat jugak. Bayangkan ye..pengaruh memikat tak kira siapa. Golongan atasan..pertengahan..dan bawahan.

Tetapi, yang menuntungkan sipemikat ialah mejual pikat. Si penjual mesti ada banyak pikat. Setelah diasuh beberapa pikat, mereka akan jual pikat mereka kepada si pemikat jugak. Kalau jual pada bukan kaki, apa diorang nak buat dengan pikat ni kan. Percaya tak..! Dua ribu..tiga ribu..orang sanggup beli.

bersambung...

Apakah Khasiat Cili Burung..?

>> Monday, November 9, 2009

Mungkin ramai yang kenal dengan cili kan..! tapi tahukah anda bahawa cili burung bukan saja sedap untuk dibuat ulam tapi baik untuk sistem penghadaman burung dan burung yang bermasaalah seperti, burung moyok, kurang selera makan, tak cergas dan tak rajin bunyi. Satu cara bagi menyelesaikan masaalah ini ialh dengan menyeuapkan dua atau tiga biji cili burung ke burung anda. Selamat mencuba.




<-- Pokok cili burung jika terbiar atau kurang penjagaan buah akan jadi kecil tapi kalau cukup penjagaan ia nampak macam pokok cili biasa saja.

Daun Hati-Hati

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah khasiat daun ati-ati ini. Apa yang saya tahu untuk manusia ianya baik untuk sakit perut dan panas badan selain dari itu saya kurang pasti. Tetapi kalau untuk burung seperti merbok dan tekukur, jika kita jemur burung terlalu lama atau terlalu panas ambil sehelai daun ati-ati ini ramas sehingga sedikit hancur letakkan dalam bekas minuman. Atau cubit sedikit daun sebesar duit lima sen digentel dan suapkan pada burung. Pasti ada perubahan. Selamat mencuba.


Pokok Ati-Ati jika diberi perhatian serta penjagaan yang baik sais daun akan lebih lebar dan daun akan menjadi warna gelap.

Koleksi Lama

Ini lah koleksi yang tinggal sejak saya berhenti seketika main pikat tekukur. Bila lihat dan baca member Merbok Forum rajin menghantar laporan aktiviti memikat mereka, rasa macam nak main pikat semula.
Dianatara eksesori yang saya buat sendiri ialah Racik dan Tali Ulat(tali kaki) semua tu saya berlajar dari member yang kerap pergi mikat dengan saya dulu. Bila sebut pasal kawan mikat ni, kemana pergi mereka ya..lama betul tak jumpa. Harap mereka sihat dan boleh berjumpa semula.


<-- Ini adalah 'Tumang'. Bukan buat sendiri ya..tapi beli. Tak tahu lah sekarang harga berapa. Tapi masih boleh dapat dikedai-kedai burung. Ada dua jenis disini, satu tembaga dan satu lagi gabungan stainless steal dan tembaga.




<-- Ini adalah tali ulat(tali kaki) yang saya buat sendiri. Belajar dari sahabat(Wan). Ramai juga yang menguna tali buatan saya ni dulu. Saya ada trade mark saya sendiri hehehe...




<--Ini adalah racik yang saya buat sendiri. Berlajar dari rakan sepermainan dulu. Dia(Wan) masih lagi aktif mikat. Cuma kami tak dapat nak pergi main pikat sama lagi sebab masing-masing dah tinggal jauh.






<--Cetok(sangkar pikat) ini saya tempah dengan seorang otai(orang lama) dulu. Beliau kalau saya tak silap tinggal di sentul pasar kl. Saya tak pasti dia ada lagi ke tidak sebab tak dapat dikesan dan hubungi. Yang pasti saya dah jumpa tukang buat cetok yang lebih cantek dan kemas. Nanti bila siap saya post gambarnya.

Burung Marbok bernilai RM200,000

>> Friday, November 6, 2009


"Pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng diberikan kepada burung berkenaan untuk membantu proses penghadaman selain menjaga kemerduan suaranya."

BAK kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Begitulah perumpamaan bagi mereka yang menggilai seni suara burung ketitir (merbok) yang subjektif dan abstrak.Bagi kebanyakan orang, tiada apa yang istimewa dengan seekor burung sebesar tapak tangan itu, tetapi kepada para penggemarnya, kemerduan suara burung ini terlalu istimewa.

Mengapa? Meskipun cuaca panas terik, mereka sanggup berdiri menanti dan mengamati suara burung yang paling merdu di antara ratusan burung yang lain.Dengan keindahan adunan warna dan pelbagai reka bentuk sangkar yang dipamerkan, sudah cukup menarik perhatian mereka yang meminatinya selain setia menunggu dendangan burung bertuah.

Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Antarabangsa Kelantan 2008 yang diadakan baru-baru ini berjaya menarik 2,000 peminatnya sempena perayaan menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-58 yang diadakan di Lubok Jong, Rantau Panjang.Acara yang diadakan setiap tahun itu terus mendapat sambutan penggemar seni suara burung itu bukan sahaja dari dalam negara, malah dari Thailand, Singapura dan Indonesia.

Pengerusi Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan, Datuk Nik Ishak Nik Daud memberitahu, pertandingan ini telah dianjurkan sejak lebih 30 tahun lalu.PARA peminat sanggup berdiri menanti dan mengamati suara burung yang paling merdu meskipun cuaca panas terik. Menurutnya, acara ini biasa dimainkan oleh golongan petani ratusan tahun lampau yang menjadikan aktiviti membela burung ketitir ini sebagai satu kemestian.

“Aktiviti memelihara burung ketitir terus kekal sebagai kegemaran tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi turun temurun.

“Biasanya inilah hiburan golongan petani zaman dahulu, penat lelah seharian di bendang dan ladang bagaikan terubat apabila mendengar burung belaan mereka menari dan menyanyi,” katanya.

Tambahnya, proses membela seekor burung ketitir untuk pertandingan bukanlah semudah yang disangka, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan burung-burung ini mampu mengeluarkan suara yang merdu dan lunak.Burung-burung ini perlu dijaga dari segi pemakanan sehinggalah soal ubat-ubatan bagi memastikan keupayaan mereka.

“Suara yang merdu dan lunak ini merupakan anugerah Allah kepada makhluknya dan kita sebagai tuan punya burung hanya berusaha memberi burung-burung tersebut latihan dan penjagaan yang sewajarnya,” ujarnya.Bermula dengan proses makanan, burung ini akan diberi bunga rumput ataupun sekoi selain makan utamanya.Selain itu, pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng juga diberi untuk membantu proses penghadaman haiwan berkenaan selain menjaga kelunakan suaranya.

Burung-burung ini juga diberikan sedikit vitamin ataupun bancuhan air khas untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka. Selain itu, sangkar juga perlu dibersihkan setiap hari.Tidak semua burung-burung ini mempunyai suara yang baik. Hanya yang terpilih dan faktor genetik menentukan keupayaan suara mereka.



NIK ISHAK NIK DAUD
Kepada yang tidak meminati permainan ini, jangan terkejut kerana ia boleh dikategorikan sebagai antara hobi mewah. Ini kerana nilai seekor burung yang baik boleh mencecah ratusan ribu ringgit.“Pernah seekor burung ketitir dari Pattani, Thailand dijual pada harga RM200,000 kepada seorang warga Singapura beberapa tahun lalu.

“Bagi sesetengah orang, ia mungkin tak masuk akal tapi hakikatnya memang telah terbukti sebelum ini dan harga antara RM15,000 hingga RM20,000 seekor adalah perkara biasa bagi peminat seni suara burung ini,” jelas Nik Ishak.

Seekor burung yang menyertai pertandingan perlu dipersiapkan dengan latihan supaya mereka tidak malu mengeluarkan suara yang lunak, merdu dan galak kerana faktor tersebut termasuk dalam proses pemarkahan.Menurut Nik Ishak, suara burung ini perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan, mengawal, lenggok, kemerduan, getaran suara selain membiasakannya dengan suasana pertandingan.

Katanya, seekor burung yang baik mampu mengeluarkan suara yang unik dan merdu untuk tempoh antara tujuh hingga lapan tahun.“Ada sesetengah burung yang hebat, mempunyai suara yang lunak tetapi semasa hari pertandingan ia menjadi pasif kerana beberapa faktor.

“Macam juga program Akademi Fantasia (AF), seseorang peserta mungkin hebat semasa latihan tetapi pada hari pertandingan ia menjadi kaku, gugup dan takut kerana ramai pesaing,” jelasnya.

Pertandingan kali ini menampilkan juri berpengalaman yang mahir dari pelbagai negara untuk mengadili empat peringkat proses penghakiman.Jelas Nik Ishak, suara burung ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu suara depan, tengah, air suara dan suara belakang.Keupayaan seekor burung ketitir menguasai keempat-empat bahagian ini membolehkannya dinobatkan sebagai juara selain kesepakatan juri dalam menentukan suara terbaik.

Sementara itu, empat kategori seni suara dipertandingkan iaitu suara A melibatkan burung yang mempunyai suara garau dan kasar, suara B bagi suara peringkat pertengahan, suara C untuk burung yang memiliki suara halus manakala kategori baru yang turut dipertandingkan ialah suara burung muda atau remaja yang berumur tujuh atau lapan bulan.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sambutan yang ditunjukkan mendorong kerajaan negeri mengambil inisiatif menambah baik pertandingan ini kerana ia tarikannya yang tersendiri.

“Peminat dan penggiat seni ini pula berkembang tanpa mengira kaum, budaya mahu pun latar belakang, malah ia berkembang ke negeri-negeri lain sama ada sebagai hobi, hiburan dan perniagaan.PENAT lelah seharian di bendang terubat apabila mendengar suara burung peliharaan menyanyi.

“Pada tahun ini, satu kategori baru iaitu pertandingan burung murai batu diperkenalkan sementara pertandingan burung tiong bercakap masih dikekalkan,” katanya semasa menyampaikan ucapan.Pertandingan itu juga mempertandingkan kemerduan suara burung tekukur, candik, tiong dan murai batu Selain pertandingan suara burung, pertandingan seni kecantikan ayam serama turut memeriahkan suasana.

Sangkar Layang Pikat Tekukur

>> Wednesday, November 4, 2009

Hari ni, baru beli sangkar layang pikat tekukur sebab nak letak burung tekukur baru. Harga cuma RM50 saja. Beli kat kedai pet shop la mana lagi..kalau nak tempah(Macam gambar) bukannya murah..paling kurang pun RM150.Ada yang cecah sampai ribu ringgit jugak tapi rupa takyah cerita la..dah macam barang antik..nak letak burung pun rasa sayang.





<--Ini sangkar layang tekukur lama saya, masih lagi dalam simpanan.

Pertandingan Burung Merbok Dan Tekukur Shah Alam, Malaysia

>> Sunday, November 1, 2009

PERTANDINGAN SENI SUARA BURUNG MERBOK DAN TEKUKUR
Lokasi: Bukit Lanchong, Shah Alam, Malaysia
Tarikh: 01 November 2009


Sebenarnya dah lama nak buat laporan pertandingan di Shah Alam tapi oleh kerana kawasan padang agak terpencil sedikit itulah yang menyebabkan saya gagal untuk menemui padang tersebut. Tapi hari ini berjaya juga saya sampai kesini..




Ajar Pikat Baru

>> Thursday, October 29, 2009

Saya dah lama tak pergi memikat tekukur ni..sejak dari tahun 1995 sehingga sekarang tapi, bila lihat member-member Merbok Forum giat dalam memikat..rasa macam nak buat 'comeback' biasalah kan..kekadang hobi ni..ada masa bosan gak. Tapi takpe..sekarang ni kat rumah duk ada empat ekor BB(Burung Baru) yang bakal mengegarkan hutan-hutan serta ladang-ladang yang menyimpan tekukur. Untuk itu, bagi meransangkan jiwa.. saya postkan laporan dari member Forum MF. --BL--
-------------------------------------


LAPORAN
LOKASI:KAWASAN KILANG
MASA:PETANG
PIKAT:BB_P


Senearnya lama dah tk bawak BB_P turun..kalau turun pun sekejap2 saja..hari nie..balik dari kerja..terus bawak BB_P..port memang dikenalpasti..berhampiran kilang..dah lama tk ke sini..biasanya masuk kebun..sampai saja di lokasi..dengar sunyi jer..beginilah fenomena sekarang..musim sikap@sewah..memandangkan misi adalah untuk mengajar BB..pacak je..pasang la racik sekali..bukan apa..kot2 mai hat sedap sat lagi..siap pacak..BB dok dongak atas je..panjang leher jer..
sekejap patuk tanah..hampir 5 minit..ada la..kedengaran bunyi BH..agak jauh..semakin dekat ckit..barulah BB_P menyambut..menekan..menekan..dkt 10 patah..BH sora sedang membalas..tp tak nak rapat..BB lambung guk..dkt 10 patah...menekan..menekan..nguku anggar sekali..BH dah semakin dekat..tak lama
kemudian..BH dah sampai anggar..BB_P nguku lagi..tak lama..terus terjun..nguku 3 kali dah sangkut..

inilah hasilnya.....
Laporan oleh: Kie

Pertandingan Burung Merbok Indonesia

Pertandingan ini telah berlansung di Indonesia 23-24 Mei 2009 event konkurs besar Siliwangi Cup Tasikmalaya hasil dari laporan saudara christiyanto yang kini sudah menjadi member di Merbok Forum dengan kerjasama beliau inilah hasil dari pertandingan tersebut.